Maklumat dan pilihan anda
Dasar Privasi
Ketahui cara KataKita mengendalikan log masuk, surat dan dokumen tersimpan, laporan Bajet tetamu, langganan Stripe serta permintaan pemadaman data akaun anda.
Dasar ini menerangkan maklumat yang digunakan ketika anda log masuk, menyediakan surat, mengurus dokumen atau membuat langganan. Kandungan surat tetamu dilindungi dalam token pelayar sementara, manakala surat akaun kekal sehingga dipadamkan.
Maklumat yang digunakan
Identiti dan sesi log masuk diuruskan oleh Clerk. Kata Kita menyimpan ID akaun untuk menghubungkan surat, dokumen dan langganan anda; alamat e-mel, nama dan gambar profil dipaparkan daripada penyedia log masuk.
Langganan Pro dan bil
Pembayaran, status langganan, tempoh bil dan jumlah diuruskan oleh Stripe. Kata Kita menyimpan rujukan pelanggan, rekod checkout dan masa kegagalan bayaran untuk menentukan tempoh ihsan. Status akses disemak terus dengan Stripe; butiran kad tidak disimpan oleh Kata Kita.
Profil penjual Invois, dokumen Invois yang anda simpan, serta nama, alamat dan logo kepala surat peribadi disimpan dalam akaun sehingga anda mengubah atau memadamkannya. Rekod pembayaran hanya menyimpan rujukan pemilik dan butiran transaksi, bukan kandungan Bajet atau Invois tetamu.
Pemadaman data Kata Kita tidak memadamkan akaun Google atau rekod di Stripe, dan tidak membatalkan langganan dengan sendirinya. Batalkan pembaharuan melalui Portal Pelanggan sebelum memadam akaun.
Surat dan maklumat borang
Jika anda log masuk, teks surat yang dijana disimpan pada akaun anda sehingga anda memadamkannya. Hanya akaun pemilik boleh membuka atau memadam surat tersebut.
Jika anda menggunakan Kata Kita sebagai tetamu, teks surat baharu disulitkan dalam token pelayar selama 24 jam dan tidak disimpan dalam pangkalan data. Token itu membolehkan surat dibuka semula dan PDF dimuat turun sehingga tiga kali.
Butiran yang anda isi pada borang dihantar kepada perkhidmatan AI yang dikonfigurasi untuk menyediakan draf surat. Kata Kita tidak merekodkan kandungan surat dalam log aplikasi.
Untuk analisis Bajet, jumlah yang dimasukkan dihantar kepada perkhidmatan AI melalui tetapan yang menyahaktifkan pengumpulan dan pengekalan data oleh penyedia. Laporan disulitkan dalam token pelayar dan tamat tempoh selepas 24 jam; angka kewangan tidak disimpan dalam pangkalan data atau log aplikasi.
Tempoh simpanan dan pemadaman
Sesi log masuk diuruskan oleh Clerk. Surat tersimpan kekal dalam akaun sehingga anda memadamnya. Dalam ruang “Surat saya”, anda boleh memadam satu surat atau memilih “Padam semua data saya”.
Pemadaman semua data mengeluarkan profil Kata Kita, surat tersimpan, data Invois tersimpan dan sesi Kata Kita anda. Akaun Google anda tidak dipadamkan; log masuk semula akan mewujudkan profil Kata Kita baharu.
